Pada anda yang gemar membeli buku macam saya, ini ada berita baik kerana sekarang ni anda boleh membeli buku-buku yang jarang boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia (ataupun kalau ada, harganya agak mahal) dengan mudah sekali. Di mana?? Anda boleh beli secara online di Book Depository. Apa beza Book Depository ini berbanding dengan Amazon atau onlineshop lain adalah dari segi kos penghantaran buku. Saya pernah membeli buku dari Amazon US, dimana harga buku memang murah (eg UDS 5.0) tetapi kos penghantaran 3x ganda (USD 15.00)..cukup tidak berbaloi. Book Depository pula tiada mengenakan kos penghantaran (Free Worldwide Delivery including Malaysia) jika buku yang dibeli dihantar kepada pembeli dari lebih 90 negara dimana Malaysia termasuk di dalam senarai tersebut. Di samping tiada kos penghantaran, tempoh penghantaran buku juga adalah munasabah (~2 hingga 3 minggu, kerana mode penghantaran melalui pos biasa)
Bulan lepas saya telah membeli dua buku berkaitan coklat yang ditulis oleh Pierre Herme (French pastry Chef) dan Jacques Torres (Chocolatier)..insya allah bila ada kesempatan saya akan tulis review buku-buku coklat yang saya ada..Buku Pierre Herme ini pernah dijual di MPH dengan harga RM 177, saya beli dari Book Depository pada harga RM 132 (masa saya beli buku ini USD 40.2 (5% discount), exchange rate 3.25). Jadi kalau nak beli kena perhatikan discount yang diberi (kerap bertukar dalam masa sebulan) dan juga exchange rate. Book Depository menawarkan pembelian dalam 5 bentuk matawang (USD, GBP, EUR, AUD, CAD)..buat masa ini jika anda beli dalam Euro adalah lebih rendah berbanding dengan USD kerana kejatuhan harga Euro.
Buku Jacques Torres ni tidak ada dijual di Malaysia..so kalau nak beli boleh beli kat Book Depository, sekarang ni ada offer 44% discount.
Seperti yang diberitahu tadi mode penghantaran adalah melalui pos biasa, jadi buku ini akan di hantar oleh posmen ke alamat yang diberi. Buku yang dihantar hanya akan dipak seperti gambar dibawah, jadi kalau buku itu besar..besar kemungkinan tidak muat dimasukkan ke dalam peti surat. Masa saya dapat buku-buku saya hari tu posmen hanya meletakkan atas tembok pagar sahaja, alhamdulilah saya sempat ambil buku saya sebelum hujan..kalau tidak habislah bukuku...jadi gunalah alamat dimana buku yang dibeli tidak akan di letakkan pada tempat yang mungkin kena hujan...penting tu!
Dua tiga hari lagi insya allah saya akan dapat buku ini pula...got this one for RM 191 (got it for Euro 47.04 & exchange rate 4.06), kalau beli kat Kinokuniya will cost me RM 398..what a saving!!
Ada banyak buku untuk dibeli (2.5 million titles)...do your comparison, kalau berbaloi..bolehlah beli (make sure simpan resit, boleh dapat tax exemption)....
Selamat membeli dan membaca...do bookmark this link: Book Depository
0 comments:
Post a Comment