Thursday, July 28, 2011

Glittering Chocolates

Pernah tengok coklat bersalut emas? He..he..bukan emas betul tapi rupa macam emas (boleh dimakan!). Ini beberapa contoh coklat yang telah disalut atau diliputi perada emas yang boleh dimakan (edible gold dust). Pengunaan edible gold dust atau 'colored shimmering dust' banyak digunakan dalam pembuatan 'chocolate showpieces' seperti kipas emas (Logo Mandarin Oriental Hotel), lukisan dan juga frame gambar



Source: www.what2seeonline.com


Di samping itu juga 'colored shimmering dust' juga banyak digunakan dalam pembuatan praline seperti dibawah ini untuk mengambarkan 'modern chocolate'.



Source: http://aztecschocolates.blogspot.com


Semasa saya menghadiri demo Chef Jean-Phillipe Darcis bulan March lepas, beliau ada menunjukkan cara bagaimana hendak mengunakan 'edible gold dust' ini semasa mouding. Apa yang beliau lakukan adalah meletakkan selapisan 'edible gold dust' mengunakan brush pada permukaan mould. Selepas itu beliau spray mould tersebut mengunakan "tempered"chocolate couverture yang telah juga ditambah dengan 40% cocoa butter (perlu dilakukan supaya takat kecairan coklat tinggi dan ia boleh di spray dengan mengunakan high pressure spray). Teknik ini. Selepas lapisan tersebut 'set' barulah beliau isi regular "tempered" chocolate couverture untuk membuat kelongsong chocolate. Teknik yang beliau guna boleh menghasilkan lapisan yang sekata dan menarik.



Pralines yang dibuat of Chef Jean-Phillipe Darcis


Ini pula saya ingin kongsikan gambar coklat yang saya buat mengunakan 'edible chocolate dust' (dah pergi belajar mestilah dipraktikkan!).





Kerana saya tak ada brush dan juga spray equipment, saya cuma apply gold dust tersebut pada permukaan mold dan kemudian meratakannya sebaik mungkin. Kemudian coklat couverture hitam yang telah di'temper' diisi kedalam mould untuk membuat kelosong. Inilah contoh coklat saya yang buat...





Selain dari gold dust saya cuba juga simmering pink dust ..tapi yang itu tidak menyerlah, mungkin ok kalau guna milk atau white chocolate.





Ini pula coklat yang dibuat sebagai hadiah....siapa pula yang bernasib baik dapat menjamah coklat kami!!





.

0 comments: