Monday, November 8, 2010

Fruity Burst Chocolate

Anda suka coklat putih? Anak saya yang pertama, Anas cukup gemar coklat putih, saya pula tak gemar sebab ia manis. Jadi bila saya buat praline mengunakan coklat putih, saya akan mengabungkannya dengan inti yang ada unsur masam untuk balancekan rasa manisnya. Kali ini saya ingin berkongsi resipi yang paling mudah...fruity burst chocolate..coklat masam manis..


Bahan-bahan
Coklat compound putih (Saya guna Sicao versa white)
MEC3 Fruit paste (Strawberry, Raspberry, Mango atau Passion Fruit)*
(Option: Jika tak ada MEC3 paste gunakan paste buah-buahan lain yang masam eg nenas..mana nak dapat..kena buat sendirilah)

Cara
1) Cairkan coklat compound putih secara double boil. Isi coklat separuh di dalam cavity mould. Ketuk, untuk keluarkan "trapped bubble".
2) Isi sedikit (1 drop) MEC3 paste pilihan anda. Pastikan paste itu dibubuh betul-betul di bahagian tengah cavity kerana jika terkena dinding cavity, paste ini akan mencairkan coklat dan meleleh keluar setelah coklat siap.
3) Isi coklat hingga penuh cavity mould..Keraskan coklat di dalam chiller hingga lekang dari mould. Kemudian demould dan nikmatilah Fruity Burst Chocolate seperti dibawah ini.


Strawberry Burst Choc dan Passion Fruit Burst Choc


4 comments:

salam..kak, tumpang tanya jenis inti yg mcm mna sesuai utk pralines ni yeh?

Sala..
MCE tu ape ek..mcm mane rupe nyer

MCE ni boleh letak kat coklat tak?

As Salam... Kak, maaf bertanya, mcmana nak buat strawberry paste yer... adakah buah s'beri or jem s'beri campur gan gula? Diaharp akak dapat membantu... tq.