Wednesday, September 15, 2010

Homemade Sardines -Teknik Slow Cooker

Diam tak diam dah hari ke 6 raya..mungkin ramai yang sudah mula berpuasa, samada ganti atau puasa enam. Seperti kebiasaannya pada hari raya kebanyakan kita makan daging, ayam atau makan berat yang lain. Jadi sekarang ni mungkin dah masa untuk berdiet semula..bukan diet untuk kurus tapi lebih kepada makanan sihat. Mungkin ramai yang beranggapan sardine bukan makanan sihat tapi lebih kepada instant food kerana kebiasaannya sardine yang dimakan adalah sardine dalam tin. Sardine adalah makanan yang kaya dengan kalsium, lebih lagi kalau kita buat sardine sendiri, no presevative added..

Kali ini saya akan berkongsi cara mudah buat homemade sardine mengunakan slow cooker. Selalunya resipi homemade sardine mengunakan pressure cooker untuk melembutkan tulang ikan dengan cepat..saya tidak suka guna pressure cooker kerana sardine mudah hangus. Mengunakan teknik slow cooker ni walaupun lambat tapi sardine yang dihasilkan tidak hangus dan mudah mengawal takat kepekatan kuahnya (boleh ditinggalkan dengan pengawasan minima).

Apakah bahan-bahan yang diperlukan? Bahan asas adalah seperti dibawah ini..

Bahan-bahan
1 kg ikan sardine
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
85 gm tomato paste (1/2 tin kecil)
1/4 cawan minyak
garam dan gula
air
(Option: Jika anda suka pedas boleh tambah lada kisar atau serbuk kari)

Cara:
  1. Bersihkan ikan, buang kepala dan perut saja.
  2. Tumbukkan bawang putih dan bawang merah
  3. Campurkan paste tomato, bawang yang telah ditumbuk, garam dan gula (adjust ikut cita rasa anda) kedalam slow cooker. Isi ikan sardine dan masukkan air hanya setakat meliputi ikan sahaja. Akhir sekali bubuh minyak
  4. Masak lebih kurang 4-5 jam pada takat tinggi untuk pastikan tulang ikan lembut. Kemudian boleh rendahkan takat pemanasan (low heating rate) sejam lagi untuk memekatkan kuah...anda boleh adjust gula/garam jika perlu semasa memasak.


Sardine yang sudah dimasak boleh dimakan terus atau dibekukan untuk tahan lama...Selamat mencuba!


0 comments: