Monday, August 2, 2010

Pertandingan mendeko oreo choc

Sekarang ni semakin ramai yang gemar membuat oreo choc ... bermacam-macam design dan dekorasinya. Jadi hari ini saya akan launch pertanding mendeko choc oreo untuk menarik lebih ramai pengemar chocolate membuat chocolate yang kreatif disamping dapat berkongsi hasil kerja tangan mereka dengan komuniti homemade coklat.

Apakah syarat penyertaan?
  • Terbuka kepada semua pengemar coklat (kecuali ahli keluarga terdekat Mas Des Fontaine)
  • Mesti mendeko menggunakan plain coklat oreo (apa-apa coklat boleh digunakan)
  • TIDAK boleh mendeko/menghias mengunakan edible image/transfer sheet/structure sheet ... yang BOLEH hanya free design deko mengunakan coklat, kekacang, hiasan gula, etc... contoh seperti di bawah ini yang dibuat oleh adik saya.


  • Gambar (dalam bentuk .jpg) serta link blog perlu dihantar kepada homechoc@gmail.com bermula dari hari ini -2/8/2010 sehingga 23/8/2010. Gambar-gambar penyertaan akan diupload pada blog saya pada 24/8/2010 untuk tujuan penilaian (50% pengunjung blog, 50% keluarga Mas Des Fontaine). Peserta juga diminta untuk upload gambar serta memberi penerangan tentang hasil seni mereka pada tarikh yang sama (24/8/2010) untuk mengelakkan idea kreatif mereka diciplak (di sini juga peserta berpeluang untuk mempromosikan blog mereka)Keputusan akan saya war-warkan pada 1/9/10. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih. Hadiah yang menunggu anda ialah mold di bawah ini:

Ref.: CW2146
Weight: 3 gr
Model dimensions: Ø29x6 mm
Cavities: 4 x 7 pc
Mould dimensions: 275x175x24 mm


Penyerta anda adalah dialu-alukan dan saya harap anda tolong war-warkan pada kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.



Selamat mendeko!