Tuesday, May 11, 2010

Chocolate cuvettes

Chocolate cuvettes (ref: Fine Chocolates 2 by Jean Pierre Wybauw) adalah kelongsong cup/bekas yang telah dibuat terlebih dulu seperti contoh dibawah ini yang kemudiannya boleh diisi dengan apa-apa inti untuk dibuat praline. Apa kelebihan membuat cuvettes berbanding terus membuat praline mengunakan mold tersebut...Kelebihannya ialah anda boleh buat banyak-banyak dan simpan, bila nak makan atau jual, isi intinya, keraskan sebentar dan boleh dimakan atau dijual ...mudahkan. Disamping itu juga bermacam jenis inti boleh diisi tidak terbatas pada inti praline...isi aiskrim atau buah-buahan segar pun boleh..


Mold coklat yang boleh digunakan adalah yang kosong di kedua-dua permukaan nya seperti mold cup, oval etc




Jadi setelah cuvettes siap.,(untuk cuvettes dibawah saya buat mengunakan coklat couverture belgium 70% cocoa )..paipkan intinya...vanilla ganache macam vanilla truffle dan passion fruit ganache.


Kemudian paipkan coklat couverture yg telah ditemper dan hiaskan ...


Inilah hasilnya...layer bawah..passion fruit ganache dan diatas vanilla ganache...jadi guna cuvettes ni mudah untuk isi ganache berlapis...


Selamat mencuba.

0 comments: