Friday, March 12, 2010

Mini Cheese Cake

Resipi Mini Manggo Cheese Cake

Filling

250gm cream cheese
20gm mentega
60gm gula
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil Fruit Paste MEC3 (Manggo)

Base

150gm Biskut Digestive
Sedikit Mentega

Cara-cara membuatnya:

A) Base Cheese Cake

1) Penyediaan base cheese cake: Kisar biskut digestive sehingga hancur, dan cairkan sedikit mentega di atas dapur. Masukkan mentega yang telah cair sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang mengandungi biskut digestive yang telah hancur tadi. Mentega cair digunakan untuk menyebatikan biskut digestive, apabila ditekan pada acuan cheese cake ia boleh mampat dan tidak berderai. Peringatan: Jangan letak mentega terlalu banyak untuk mengelakkan base cheese cake menjadi terlalu berminyak.

2) Sebaik sahaja langkah (1) siap, gunakan silicone mould DECOFLEX MINI MUFFIN dan masukkan 1 sudu besar biskut digestive yang telah dicampur dengan mentega ke dalam setiap acuan silicone mould seperti Gambar 1. Kemudian, tekankan campuran biskut digestive dan mentega tadi pada setiap acuan menggunakan sudu. Tekan dengan padat supaya campuran base cheese cake tidak berderai. Gambar 2 menunjukkan base cheese cake yang telah padat dan sedia untuk dibakar pada suhu 170 darjah C selama 5 minit. Silicone mould DECOFLEX MINI MUFFIN boleh dibakar sehingga suhu 230 darjah C dan boleh disejuk bekukan sehingga -60 darjah C.

Gambar 1: Campuran biskut digestive dan mentega di masukkan ke dalam acuan silicone mould DECOFLEX MINI MUFFIN pada kadar 1 sudu besar setiap acuan.


Gambar 2: Base cheese cake yang sudah siap ditekan padat dan sedia untuk dibakar selama 5 minit pada kepanasan 170 darjah C

3) Setelah base cheese cake siap dibakar, sejukkannya seketika pada suhu bilik sementara menyiapkan filling cheese cake.

B) Filling Cheese Cake

1) Pastikan cream cheese dan mentega berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese dan mentega masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.

2) Masukkan cream cheese, mentega dan gula dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur. Adun sehingga kembang dan nampak 'fluffy'.

3) Keluarkan adunan (2) dari mixer dan campurkan 1 1/2 sudu kecil Fruit Paste MEC3 (Manggo) untuk menghasilkan cheese cake berperisa manggo.

4) Isikan adunan filing cheese cake yang telah siap ke dalam silicone mould (Gambar 2) yang mengandungi base cheese cake yang telah sejuk. Masukkan sehingga penuh acuan seperti dalam Gambar 3. Alaskan silicone mould dengan dulang dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.


Gambar 3: Adunan filing cheese cake berperisa manggo diisikan ke dalam acuan silicone mould yang mengandungi base cheese cake yang telah sejuk

5) Setelah bahagian (4) siap, bakar cheese cake ini sekali lagi pada kepanasan 170 darjah C selama 10 minit seperti dalam Gambar 4. Adunan ini boleh menghasilkan 18 biji mini manggo cheese cake.

Gambar 4: Bakar mini cheese cake pada kepanasan 170 darjah C selama 10 minit


C) Dekorasi Mini Cheese Cake

1) Mini cheese cake yang baru dibakar adalah lembik dan tidak firm, jangan terus keluarkan cheese cake dari acuan silicone mould tetapi sejukkan dahulu pada suhu bilik dan kemudian disejukkan di dalam peti sejuk pada kadar 3 hingga 4 jam. Apabila mini cheese cake cukup sejuk, keluarkannya dari silicone mould dengan cara menekan dari bawah seperti dalam Gambar 5.

Gambar 5: Keluarkan cheese cake yang telah disejukkan dengan cara menekan silicone mould dari bawah. Gambar yang ditunjukan ini adalah mini French Vanilla Dolce Latte Cheese Cake.

2) Masukkan mini cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup putih dan sudah sedia dihidangkan seperti dalam Gambar 6. Peringatan: Cheese cake lebih sedap dimakan apabila disejukkan semalaman di dalam peti sejuk kerana cheese cake lebih padat, firm dan tidak lembik.



Gambar 6: Mini Manggo Cheese Cake dan mini French Vanilla Dolce Latte Cheese Cake

3) Adunan Cheese Cake boleh dipelbagaikan perisa seperti dalam Gambar 7.

Gambar 7: Kepelbagaian Cheese Cake boleh dihasilkan melalui kreativiti anda.

SELAMT MENCUBA!

3 comments:

alahai..dr wat orang terliur.sy mmg suka sgt.tqvm

btw tq also for d advice on the fees. credit tak ada dah hehehe.tq again