Saya pernah diberitahu oleh beberapa orang yang datang belajar membuat coklat bahawa mereka pernah tengok coklat couverture dijual di setengah kedai yang menjual bahan-bahan kuih dengan harga yang begitu murah...jawapan saya itu tidak mungkin kerana harga bahan mentah untuk membuat couverture iaitu mentega koko adalah mahal (RM 30-40 perkg).....apa nasihat saya pada mereka ialah untuk lihat betul-betul apakah bahan-bahan(ingredient) pada bungkusan coklat tersebut...jika tertera mentega koko (cocoa butter) sahlah couverture tapi kalau yang ditulis lemak sayur(vegetable fat)..sahlah ia coklat masakan.
Alhamdulilah beberapa hari lepas Mamazieza dari Momzie Chocolate Blog telah sempat berkongsi dengan group Homechoc gambar coklat masakan yang dilabelkan sebagai "coklat couverture". Perhatikan betul-betul ramuan pada bungkusan itu tertulis LEMAK SAYUR.....Jadi berhati-hati bila membeli barang, jangan sampai tertipu!
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment