Wednesday, February 18, 2009

Mee Rebus Mas Des Fontaine



Jangan terkejut, ini bukan blog resipi ... tapi ada pelajar saya yang berminat nak belajar buat mee rebus nie, yang kami hidangkan semasa kelas ... selamat mencuba

(A) Bahan Untuk Kuah

500g Tulang + Daging
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
5 btg Serai
50g Udang Kering
25g Rempah Kari
100g Lada Boh
120g Tomato Paste
5 kpg Asam Gelugor
500g Keledek
300g Kacang Tanah
Taucho
Garam dan Gula
Minyak buat menumis

(B) Cara Memasak Kuah

  1. Rebus tulang dan daging untuk dibuat air rebusan.
  2. Rebus keledek sehingga empuk. Kisar keledek apabila sudah sejuk. Boleh gantikan keledek dengan kentang jika suka.
  3. Kacang tanah perlu dipanggang atau digoreng tanpa minyak dan dikisar halus.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering.
  5. Tumiskan lada boh dan rempah kari sehingga garing dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan bahan (4) yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian, masukkan air rebusan tulang dan daging, tomato paste, asam gelugor, taucho, keledek dan kacang tanah yang telah dikisar. Keledek dan kacang tanah diperlukan untuk memekatkan kuah mee rebus ini. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah nampak agak pekat, pecah minyak dan kacang tanah lembut.
(C) Penyedian Mee Rebus

500g Mee kuning (dicelur). Boleh digantikan dengan mee spagheti.
Tauhu (digoreng dan dipotong-potong kecil)
Telur rebus (dibelah dua)
Taughe (dicelur)
Daun sup, daun bawang (dimayang halus)
Lada hijau, lada merah (dimayang bulat-bulat)
Limau kasturi, Bawang goreng

Hidangkan mee kuning, bahan-bahan hiasan dan kuah apabila hendak makan.

2 comments:

If you dont mind, i want the soup recipe which you serve us after the choc class last month....

Zaiton@zaitgha

wah menariknya mee rebus,
hehehe lain kali datang bawak humaira mintak cik imah ngan cik ali masakkan mee rebus la plak hehehe