Tuesday, April 3, 2012

Apa nak buat?

Apa agaknya yang hendak dikongsikan melalui soalan "Apa nak buat?" bila tengok gambar di bawah?? Mungkin ada yang terfikir..comotnya buat coklat (leceh buat coklat..beli ajelah...Rugi tau!) atau kalau ada pembantu tolong cuci bekas-bekas buat coklat ni kan best (itu yang selalu diharapkan..tapi kalau tak ada apa nak dibuat?)






Pada yang telah biasa buat coklat memang sudah tentu tahu bahagian akhir iaitu mencuci dan membersih peralatan adalah bahagian yang paling tidak seronok dan kalau boleh subcon alangkah baik....saya pun macam anda juga, bahagian inilah yang saya tak suka tetapi kena buat, kerana apa yang kita buat dengan lebihan coklat boleh mempengaruhi kualiti coklat yang akan datang ataupun menyebabkan pembaziran (kita tidak tahu bahagian coklat yang mana telah Allah tentukan rezeki untuk kita!). Di samping itu juga membersih peralatan coklat eg bekas dan mould sudah tentu akan mempengaruhi "appearance" dan juga shelf-life coklat yang akan datang.

Apa yang boleh dibuat dengan coklat lebihan. Yang mudah sekali simpan balik dan digunakan untuk pembuatan coklat kemudian hari (recycle). Di sini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira apa pengunaan 'recycle' coklat ini.
  • Jika recycle coklat itu dalam keadaan baik: (1) kecairan yang baik (menandakan kandungan air atau lembapan adalah rendah) dan tidak mengandungi bahan asing (eg wafer, ganache etc)..ia boleh digunakan semula sebagai base coklat untuk praline (gunakan sebagai original couverture atau compound yang asal.
  • Jika recycle coklat ini keadaannya lebih likat dibanding dengan coklat yang "baru" ia lebih sesuai digunakan sebagai bahan untuk inti eg ganache atau and boleh buat coklat sapuan kerana recycle coklat ini telah mengandungi tahap air/lembapan lebih dari yang sepatutnya
  • Jika recycyle coklat mengandungi bahan asing, ia lebih sesuai digunakan sebagai coklat masakan yang boleh ditambah dalam kek, roti etc
Kalau lebihan coklat itu sedikit atau hanya baki-baki coklat di bekas, apa yang anda boleh buat ialah buat coklat mudah seperti contoh coklat cluster(guna aje apa-apa cereal atau kekacang yang ada dirumah!) atau chocolate drop...tentu ada seseorang yang dirumah would welcome it..kalau bukan orang lain at least kita boleh makan selepas penat membuat coklat!






Berkenaan membersih peralatan coklat secara amnya kita perlu guna air suam untuk menghilangkan lemak-lemak yang melekat pada bekas atau mould. Bolehkah sabun digunakan? Boleh tapi pastikan jangan guna sabun yang abbrasive. Juga jangan guna sabun yang banyak untuk mengelakkan residue sabun tertinggal di bahagian dalam mould. Peralatan coklat ini perlu dibasuh dan dikeringkan betul-betul sebelum digunakan semula untuk buat coklat. Part ni tak susah tapi cuma kena hati-hati saja.

Pada anda yang rajin melayari blog/web choocolate atau membaca buku tentang coklat mungkin ada terbaca tentang "advice"pasal mould coklat yang telah diguna tidak perlu dibasuh. Dalam industri coklat (kilang dan juga professional chocolatier), mould coklat memang selalunya tidak akan dibasuh setelah digunakan dan akan digunakan sehingga tamat hayat atau habis sesuatu production. 'Used' mould tersebut hanya akan dibersihkan dengan mengilap mengunakan eg cotton wool atau disimpan dengan baik untuk mengelakkan pencemaran eg debu, bakteria etc. Ini dilakukan untuk mengelakkan pencemaran residue air (elak defect) dan juga untuk memudahkan coklat yang seterusnya dibuat lebih berkilat dan mudah demould (effect residue lemak yang meliputi cavity mould).

Walaubagaimanapun untuk kita yang hanya membuat coklat sekali sekala proses tidak membasuh mould langsung tidak praktikal terutama dalam keadaan persekitaran kita yang lembap dan panas (suhu ~30°C..fungus dan bakteria cepat membiak berbanding dengan keadaan bilik industri coklat..rendah lembapan dan suhu ~20°C). Jadi, apakah practice yang saya buat tentang 'used' mould ni ?

Jika saya perlu buat coklat yang banyak mengunakkan corak yang sama..dalam jangka masa sehari (within a day), saya juga tidak akan membasuh mould..hanya akan reused the 'used' mould..cuma perlu pastikan 'used' mould tersebut telah kembali ke suhu bilik sebelum moulding dan tidak ada residue air (kesat mengunakan kitchen roll) pada bahagian dalam cavity. Isu residue air ini perlu diambil perhatian jika demoulding dilakukan pada suhu bilik(~30°C) kerana proses kondensasi (pepeluhan) akan berlaku. Jika pembuatan coklat itu masuk hari yang lain, saya akan basuh, keringkan dan baru diguna semula...sebab tulah lebih mudah pada anda yang memang sentiasa kena buat coklat yang banyak untuk mempunyai banyak mould (at least 5 mould per design)..taklah perlu tunggu lama-lama...tapi akhir sekali banyak pula mould yang kena dibasuh...siapa pula nak tolong? Untuk saya yang tak ada pembantu, saya gunakan mesin basuh pinggan....stack ajelah kat dalam mesin..oh lupa..cuma mould polycarbonate dan hard plastik saje yang boleh basuh guna mesin...soft plastik tu basuh tangan ajelah....






..apa-apa pun mesti sabar...buat dengan baik-baik, moga-moga diberkati Allah!

.

2 comments:

Terima kasih kerana banyak memberi maklumat yang berguna.

Salam,

Terimas kasih kembali kerana sudi singgah ke blog...moga-moga ilmu yang dikongsikan boleh dimanafaatkan bersama...